Tuesday 13 November 2012

Bertemu cinta Dalam CINTA


Arafah. Padang yang menyaksikan sejarah cinta sulung Adam dan Hawa bertemu.
Mewarisi ujian cinta di padang pasir, Ibrahim meninggalkan teman setianya Hajar dan buah hatinya, Ismail semata kerana Yang Esa. Sekilas wajah Yusuf, bertaut tulus cintanya Zulaikha beralih kepada Cinta Yang Maha Sempurna.
Tatkala Kerajaan Cinta antara Sulaiman dan Balqis bersemi dek Cinta Yang Memiliki Kerajaan langit dan bumi turut bersatu. Terpateri Cinta Agung Muhammad  cintanya untuk isteri dan ummat yang dikasihi, meresap ke dalam hati-hati sehingga tiba belabuh ke hati. Demikianlah sekeping hati setiap insan sehingga ke hari ini tidak pernah kering menerima warisan cinta itu.
Subhanallah... Madah cinta itu sungguh seni dan puitis.. Kehadiran cinta yang semenjaknya di syurga mana mungkin boleh ditolak oleh hati sedangkan ia adalah kurniaan Ilahi, anugerahnya kepada hambaNya untuk menyempurnakan fitrah kejadian insani.
Fitrah ingin dicintai dan mencintai. Andai hati ini tidak meminta untuk melintasinya, atau sekalipun membungkam seribu doa, malah mengalihkan pandangan, dan mengunci bicara, ia tetap ada, wujudnya sedia di batas hati setiap jiwa. Kadangkala tanpa sedar, tanpa paksaan ia hadir.
Adakah ini cinta? Tunggu sekejap! Wahai hati yang hidup dengan suluhan iman...Berhati-hati, jangan tertipu oleh penipu profesional iaitu nafsu dan bisikan syaitan! Keluarkan senjatamu.. DOA. Ya itulah senjata mukmin. Maka berdoalah!
"Ya Allah, aku berlindung kepada kalimatMu yang sempurna, dari apapun kejahatan yang Engkau ciptakan." -Amin Ya Rabb-
Seutama-utama cinta itu adalah Allah. Dia Yang menciptakan Cinta, maka cintanya adalah yang pertama dan utama.  Dialah yang selayaknya dicintai. Allah pasti membalas cinta itu dengan sifatnya Yang Maha Mengasihi.
Hingga hujung nyawa,
Aku tetap ingin menjadi pencintaMU,
Inginku isi rongga-rongga rindu ini,
Dengan madu cinta Pencipta Cinta,
Setiap hela nafas mengalir suci namaMU,
Tersemat utuh di hati tanpa noda,
Sucinya bersih menghiasi qalbu,
Penyuluh hidup, pengukir bahagia,
Tanpanya tiadalah segalanya,
Hingga hujung nyawa,
Ku ingin tetap bersama cintaMU.
Cinta itu hakikatnya suci, kadangkala menguji hati seperti Saidina Ali dan Az-Zahra. Adanya sabar dan tabah menyulami iman menterjemahkan kesetiaan di batas waktu yang menjadi rahsia Allah. Dalam memilih cinta, ajaran nabi jadi garis panduannya. Perlu bijaksana meletak prioriti cinta antara terutama dan utama.
Cita-cita jadi mahar cinta. Harapan disampaikan melalui doa, memohon pilihanNya dalam sejadah istikharah, musyawarah menetapkan kematangan dari yang berpengalaman, restu penjaga diri tulus dipinta. Jangan dinoda oleh serakah jiwa yang lemah. Jujur pada pendirian yang tidah tergugah.
Bijak mengurus, mengawal dan menterjemah dalam bimbingan PEMILIK HATI juga perlu di ambil peduli. Meng'upgrade' diri menjadi soleh atau solehah bukan kerana si dia, tetapi berusaha menjadi soleh dan solehah semata kerana DIA. Ikhlas dan tawakal pada pilihanNYA bukti pergantungan diri mensyukuri ketetapanNya. Bila dan siapa jodoh itu, pasti bertemu cinta di Arafah RahsiaNya, kerana empunya diri yakin pada janjiNya.
"Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula).... "
(Surah an-Nur ayat 26)
Taqwallah dan tulus iktikad demi REDHANYA pasti melestari ikatan ke Taj mahal Abadi.
Duhai manusia yang menyakini,
Teruslah mengemudi pelayaran dalam mengabdi dan membangun diri serta agamamu,
Usah dirimu sibuk menoleh dunia mencari raja atau permaisuri hatimu,
Masih banyak amanah dan tanggungjawab yang dikau galas,
Dunia ini hanyalah sementara,
Di sisi Tuhanmu ada yang lebih baik.
Duhai Manusia Yang Paling Bahagia,
Bukankah pergantunganmu sudah dikau letakkan kepada yang tidak akan buat dirimu kecewa,
Jika ya, usah bazirkan masamu tanpa berkhidmat kepada TuhanMu,
Bertemanlah dengan kesabaran kerana Tuhan Yang Satu,
Dia mengawasi dan menunjukimu setiap waktu,
Kerana janjiNya, bahawa Dia bersama orang yang sabar.
Duhai Manusia Yang Memiliki Ketenangan,
Hadapilah kenyataan dengan penuh keredhaan,
Dia Yang Maha Mengetahui ketetapan terbaik buatmu,
Dikau kan bahagia dengan mengingatiNya,
Kerana Dia memberikan cintaNya padamu
Bertemu cinta manusia
Dalam CINTA Agung di sisiNya.
InsyaAllah...
Bertemu cinta dalam CINTA akan kekal bahagia!


(copy n paste at iluvislam.com)

Thursday 29 September 2011

konsep berhias dalam Islam

assalamualaikum w.b.t
hai reader..slmat petang..............

setelah sekian lma mnyepikan diri, akhirnya tiba lah msa tuk berblogger balik....
maklumlah skun ni kan bulan-bulan terakhir untuk masuk ke semester akhir so juz busy skit2... :)


semalam aku ade terbaca satu buku ni tau..... tajuk dia .ENGKAU MEMANG CANTIK, ..
uis aq cantik ke???heheheihhheh (perasan jea lebih)








dalam buku ni aq ade jumpa satu tajuk iaitu konsep berhias dalam Islam.....
lagipom kita sebagai gurlz mmg dah sebati dengan perhiasan kan..cma kita perlulah mengetahui batas-batas berhias supaya kita semua dapat sama-sama menjaga nama baik agama Islam... :)


1. berpakaian sopan dan jangan menyerupai org kafir..
islam tidak melarang kita bergaya, tetapi mstilah kna dengan gayanya...sebagai seorang muslimah kita knalah berpakaian yang menutupi aurat, jgn sesekali berpakaian menyerupai org lain yg kadang-kadang mcm x ckup kain 2 kerana Islam melarangnya.


2.jangan menyerupai lelaki.
lelaki dan wanita dilahirkan berbeza. mereka mempunyai ciri2 khusus yang dpt dibezakan terutamanya dari segi zahir. hindari bergaya ala-ala lelaki sebaliknya kekalkan ciri-ciri kewanitaan yang menjadi identiti semenjak zaman hawa lagi...jangan sesekali menjadikan diri seperti lelaki walaupun untuk dihormati kerana agama islam tidak pernah membenarkannya.


3. jangan membentuk kekal sehingga tidak hilang seumur hidup.
bila mengenakan kosmetik jangan smpai memakai jenis yg kekal dan sukar hilang kerana boleh menyebabkan terhalangnya wuduk.


4. jangan melakukan perubahan yang membahayakan tubuh.
ape yang telah dianugerahkan adalah yang terbaik yang dukurniakan oleh ALLAH S.W.T, jadi janganlah diubah untuk ape2 tujuan sekalipun.


5. jangan membahayakan tubuh
berhias secara norml dan mengunakan bahan-bahn yg tidak membahayakan diri sendiri keran tiada gunanya kita membeli barang beribu-ribu semata-mata untuk membahayakan diri sendiri.


6. jangan boros
burget untuk menghias diri hendaklah berpadanan dengan ape yang kita ade. jgnlah terlampau benhias diri sampaikan terabai keperluan kita yang lain. ingatlah bahawa sifat boros 2 amalan syaitan.


7. jangan membuang waktu lama dalam berhias.
serngkali seorng muslimah menghabiskan masa yang lama untuk berhias. kalau ade majlis di sebelah petang, pagi lagi sudah ke salon rambut, tengahhari berada di meja rias smpai melupakan perkara yang wajib dilakukan. cara ini tidak menepati saranan agama, dan kita jangan lah membuang bnyak masa semata-mata untuk berhias..

sekian ini sajalah yang dapat sya berkongsi bersama....
harap2 kita semua dapatlah menjadi seorang muslimah yang sejati..
amin......

Monday 15 August 2011

cinta jarak jauh.......



salam readers........
malam ni tetiba lak aq rasa cm nak bercakap pasal cinta jea.....hheheh 
ape pndapt korang tentang cinta jarak jauh???
uuuummmmmmmmm..

Pernahkah anda?
berjauhan dengan pasangan anda untuk suatu tempoh masa yang lama?
 Mampukah anda mempertahankan cinta sekiranya si dia tiada di depan mata?
 Sememangnya cinta jarak jauh besar dugaannya kepada pasangan yang mengalaminya. 
Setiap masa diri ini sentiasa merindukan dirinya yang jauh. Apakan daya, jarak menjadi penghalang.

Kunci kebahagiaan bagi pasangan jarak jauh semestinya bermula daripada kepercayaan dan kesetiaan. Berada jauh daripada sisi pasangan sedikit sebanyak boleh menimbulkan rasa cemburu terhadap pasangan. Lebih-lebih lagi, jika si dia merupakan individu yang terbuka, mudah bergaul dan sering bertemu orang ramai. Yang penting anda mestilah berfikiran positif. Cemburu tidak bertempat dan membuta-tuli hanya akan membunuh hubungan anda. Sikit-sikit cemburu bolehlah. Kata orang, cemburu tandanya sayang. Asalkan tidak keterlaluan, nanti dikatakan paranoid dan obsessif pula. Letakkan rasa percaya bahawa si dia juga mencintai dan merindui anda.

Komunikasi adalah sangat penting. Cari masa untuk berhubung. Dalam dunia yang serba maju sekarang, tidak sukar untuk kekal berhubung.Tidak kiralah melalui panggilan telefon, sembang maya, emel, laman sosial dan sebagainya. Dengan adanya  komunikasi yang berkesan, anda berdua bolehlah saling berkongsi perasaan, cerita, masalah dan lebih mudah juga untuk menyelesaikan sebarang konflik yang mungkin wujud antara pasangan. Kegagalan untuk berkomunikasi dengan baik menyebabkan ketiadaan persefahaman yang menjadi punca kepada kebanyakan masalah dalam perhubungan, lebih-lebih lagi cinta jarak jauh.

Cuba untuk berjumpa. Sekerap mana pun anda bergayut kat telefon, video chat 24 jam, emel tak putus-putus, anda berdua masih perlu berjumpa. Kata orang, untuk mengeratkan perasaan anda. Semakin lama anda tidak berjumpa dengan pasangan anda,kebarangkalian perasaan sayang itu pudar semakin tinggi. Tapi kalau boleh, bukan sebelah pihak saja yang cuba untuk datang melawat. Sebaiknya bergilir-gilir supaya pasangan anda tidak merasakan hanya mereka sahaja yang berusaha untuk mempertahankan hubungan. Dan bila berkesempatan berjumpa, hargailah sepenuhnya masa bersama si dia kerana bukan mudah bagi pasangan jarak jauh untuk berjumpa.

Sememangnya cinta jarak jauh bukan perkara mudah. Namun begitu, jagalah cinta yang telah disemai dengan sebaiknya walaupun si dia tiada di hadapan mata. Ingat, jangan jadikan jarak pemisah sebagai penghalang kepada cinta anda berdua. Sebaliknya, lihat ia sebagai suatu cabaran dalam mematangkan hubungan anda dan si dia. Semoga cinta anda dan si dia bertahan dan semakin teguh ke akhirnya.

p/s: klo sape2 rasa nak cuba bercinta jarak jauh boleh aja....tp ingat saling percaya amat penting
:)

Sunday 14 August 2011

sahur oooo sahur

salam readers..

selamat pagi malaysia  n selamat bersahur  :)
rutin harianku sejak seminggu dua ni..pagi2 knalah bagun sahur. 
tetiba jea, rasa cm windulah kat rumah, windu nak makan masakan mama...sob..sob..sob...
tolong2 saya nak balik..... tp  bulan2 puasa ni knalah bnyak bersabar...

menu sahur pagi ni roti vs air masak..hhehhe
2 jelah mampu disediakan....
tp yang bestnye bila dpt mkn ngn kawan2....

roti pom boleh jdi sedap...btol  x?
roti...roti.....roti..!!!!!!!
yummy....
sekian..wasalam...


p/s: nak sambung tdur balik lah...jeolus tgok indah fatihah tidor...lallallalallal





Friday 29 April 2011

exam oh exam..

selamat pgi  blogger...
msti semua dah bgun kan :) cma aq dan kwn2 ku jea yg msih bermalas2 di katil..hhuhu
cuti lah katakan.... actuly kan ag 2 ari nk exam tp aq??
still cmni gak.. ;) mals giler nk study....
EXAM.............

perkara yang paling aq x ske skali dlm hidup ni..arrarrararar
npe perlu ade exam masa study?
uis klo aq lah jdi menteri (koya gler)  pelajaran msti aq dah mahsuhkan semua exam kat malaysia  hahhahahahhahahhah
p/s sbb 2  aq juz bleh jdi student kot sbb boleh menghancurkan negara hiihihihih
wateverpom... hdup kna diteruskan, exam still kna ambik kan... LJM still kna lulus.
so study..study....study......
gud luck hafieza hiedayu mazlan.... aja2 fighting....
kwan2 ku jannah n fatihah...bgun2...bca buku...... :)
stakat ni jelah di pgi yng mulia ni...bye2..
p/s: bru bljr2 nk tulis blog so klo salah jgn gelak tau :)

Friday 15 April 2011

hai blogger.. nme dak ni aiman.... muhammad nazrul aiman mazlan! ni lah antara adik kesayangan aq..huhuhu
aiman yg bnyak mulut n bnyak songeng.... watever pom aq syam bangat lor.... aiman skun tgh study kat sk bukit gasing dlm darjah 2... dah besau upaya bdak ni, ingat lgi zaman2 die kecik,huhuhuh kuat menagis, manja gler2..ylah mntang2 lah die 2 ank sedara kesayangan masa 2... (ish jeolus gler ni) tp kan bila dah besar manja lak die ngn aq..huhuuh mcmx cye lak bila semua dah besar.. gaduh2 biasalah kan, adik beradik...tp skun aq dah jarang sngt jumpa die.ylah aq kn tgh sbuk ngn study tp cian gak  die sbb x dpat kasih sayang kakak die yg cumil ni...hahhahahhahahah.. watever pom... aiman the best emuahs....syg adik along  :)

Bertemu cinta Dalam CINTA ...